Wednesday, May 19, 2010

Latarbelakang Perpustakaan

Perpustakaan Desa Menggong telah di buka pada tahun 2004.Perpustakaan ini terletak di dalam Dun Macap dalam daerah Alor Gajah. Kedudukan perpustakaan ini bersebelahan dengan masjid Felda Tun Ghafar Menggong.




Banguna perpustakaan ini telah di serahkan kepada Perbadana Perpustakaan Awam Melaka untuk dijadikan perpustakaan desa hingga kini.Keluasan Perpustakaan Desa Menggong lebih kurang 19 X 29 kaki persegi.Perpustakaan ini boleh memuatkan seramai 40 orang pengguna dalam satu masa.




Perkhidmatan yang di sediakan di perpustakaan ini adalah pinjaman buku,rujukan am,rujukan peperiksaan,surat khabar harian,majalah bulanan dan perkhidmatan komputer dan internet secara percuma.Waktu perkhidmatan bermula dari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang.




No comments:

Post a Comment